Monday, April 14, 2014

sofa oh sofa

Posted by zelynda at 1:38 PM 0 comments

aku dlm misi mencari sofa. tension tgk sofa yg baru 3 thn pakai tapi dh buruk rupenye. tapi dlm dilema nak beli bru ke nak repair. kalau kos repair lg mahal....baik beli baru je kan.

Tuesday, January 21, 2014

bento anak-anak hari ni

Posted by zelynda at 1:46 PM 0 comments

lame dah tak update. maklumla orang ada anak kecik. hari ni nak citer pasal bento anak. masa dalam pantang hari tu ade aku jenguk online bekas2 bento ni. tapi macam mahal je. kebetulan opismate en laki bagi tupperware comel2 untuk baby. ape lagi...sibuk la abang ngan kakak berebut nak bekas2 tu. nasib baik cukup untuk 3 orang budak sekolah ni.

sementara aku belom start keje lagi ni...rajin la buat bekal anak pegi sekolah. esok dah keje..bawak roti je la korang yerk.

pagi ni macam biasa pukul 4.30 aku dah bangun perah susu. walaupun dah set alarm tiap hari pukul 5 tapi tak tentu jugak la. ikut time baby nak nyusu. kalau awal...aku terus bangun je la. takut kang kalau tido semula terus terlajak.

pastu terus ke dapur. rebus sosej, gelek roti, celup telur then goreng. ni la rupa bento anak aku hari ni. roti sosej celup telur. diaorg suka makan. stok telur kena sentiasa ada kat rumah ni. pukul 6 dah siap.

breakfast anak-anak

lepas tu goreng nasi pulak untuk sarapan aku dengan en laki. en laki aku bancuhkan milo. aku punye susu anmum. tu pun dapat free from hospital. tekak aku ni payah benornye nak telan susu. ni pun terpaksa je la. huhuhu...


Tuesday, November 26, 2013

Nur Auni Marissa

Posted by zelynda at 12:46 PM 0 comments

Monday, November 18, 2013

dapurku yang comel part 2

Posted by zelynda at 12:37 PM 6 comments

ni sambungan citer dapurku yang comel dulu ye. aku nak sambung lagi part2 lain dalam my KC dgn fridge.

ni susun atur terbaru dalam fridge aku yang dah hampir sebaya dengan anak sulung. ada 2 pintu. frozen dekat bawah.

air batu aku buat dalam ni je. bekas yg asal petak2 kecik tu aku keluarkan sebab budak2 ni suka buat main ice cube tu. sebelah tu area untuk letak frozen food macam nugget, sosej, fries, karipap....
yg ni pulak kira stok dah habis. tu pasal tak penuh. kalau tak macam2 ada. ikan 2-3 jenis, ayam, sotong. tu memang wajib ada tiap kali en laki pegi pasar. cuma lately ni dia tak beli stok ikan kecik2 tu sebab selalunya tak habis pun. sekarang kita makan ikan besar2 je. puas hati. siakap, tenggiri or bawal.
aku letak dalam bekas ais krim ni je dan transparent tippuware. ni sebab stok dah nak habis takde la bekas transparent tu.


ada 5 partition
view from top to bottom ye:
part 1- bekas merah tu letak ubat-ubatan dan satu lagi apa2 je la...hehe, kotak kurma pun simpan dalam ni. stok bulan puasa hari tu dapat free...tak habis pun.
part 2-ada macam2 kat situ, ikan bilis, ikan masin, susu dan kotak kurma lagi (ternyorok)
part 3- pun sama, ada rempah kari, cili api, lada merah, lada hijau. semua aku simpan dalam bekas.
part 4- rumah sayur..aku letak je dalam plastik dari pasar tu. malas nak keluarkan.
part 5- macam2 ada. selalunya stok jajan/biskut anak2 yang dah bukak.

bahagian pintu
ni pulak dekat pintu fridge. seperti biasa ada telur, ubat-ubatan lagi dan botol2 herba utk western food dan bahan2 untuk baking. bawah sekali tu ada sos, kordial dan susu breakfast anak2. ok itu je keseluruhan fridge aku.


now move on  to my kc yang comel. apa yg ada dalam tu? sebab sebelum ni nampak luaran je kan. tapi ni pun tak habis jugak nak tunjuk sebab ada part yang serabut. nantila bila ada masa.. dah kemas baru aku story.
rak kc bahagian atas, aku letak set pinggan LENO yang hanya berguna time ramai orang datang. yang tengah tu hadiah kawen. kat atas sekali tu pun hadiah kawen gak.

hadiah kawen lagi (atas), segala macam tumbler, botol air anak2 (tengah), tupperware (bawah)
rak bawah. haa...ni antara yang serabut tu. alas pun guna newspaper je.

bekas beras tupperware dengan oven. bangku tu actually meja solek punya. bantai guna kat dapur. hahaha...
dalam drawer. letak pisau, sudu garpu dan benda2 lain yang x sepatutnya dok situ. hahaha..



meja tempat lepak sambil potong memotong time nak memasak
lampu gantung pilihan hatiku

guna blind je untuk tingkap
before and after gantung kitchen wall art yang aku beli dgn CB2

Monday, November 11, 2013

sarung tilam kekabu for new baby

Posted by zelynda at 2:42 PM 0 comments
cuti sempena Maal Hijrah last week kami satu family pegi Nilai 3, kononnya nak carik set tilam kekabu baby. dalam banyak2 kedai kat situ, hanya 1 kedai je yang memang jual kekabu ni. pakcik tu jual satu set rm145 kot.without sarung la. bila aku cakap nak beli bantal sahaja, dia kata tak jual. nak beli kena ngan tilam sekali. hemmm...takpela pakcik...aku pegi tempat lain.

pastu kami singgah Dengkil sebab penah nampak ada kedai jual bantal kekabu ni. dapatla satu set rm80 siap tilam dan makcik tu bagi free satu lagi bantal. cuma sarung je tak jadik beli sbb ada gambar ba** kat kartun angry bird tu.

untuk sarung aku order online dengan Maymayshop. aku pilih design ni.
jangan kena harung dek semut sudah la...kan...itupun bila tanya kat owner dia kata x cukup aku order utk buat cover full set. maybe cukup2 untuk bantal sahaja. silap aku jugak tak tanye makcik tu kalau nak beli kain berapa meter. tapi maymayshop ni kira 'yard'. macam mana aku nak agak kan...takpela...sarung tilam banyak kat rumah tu sejak anak 1st lagi.

baru terima parcel ni tadi, tak sabar nak hantar jahit kat kedai makcik tu . kalau aku pandai jahit kan senang hidup. save bajet kan. 

Friday, November 8, 2013

Kitchen Wall Art

Posted by zelynda at 2:47 PM 2 comments
Akhirnya terbeli jugak wall art ni dari CB2. sementara tengah promo ni baik aku beli. kang dah mahal tak terbeli pulak. kalau nak design sendiri...aku ni tangan bangku. hehehe...bila kira-kira...worth it jugak kot beli ngan CB2 ni.

ni la 3 design yang aku order.
dah bank in dan In Sha Allah next week dapat kot. tak sabar nak gantung kat dapurku yang comel tu.

Monday, October 28, 2013

susun atur meja aku kat opis

Posted by zelynda at 1:43 PM 0 comments
ha...entry kali ni aku nak tunjuk meja aku kat opis tercinta. baru jumaat lepas aku merajin kan diri mengemas laci drawer yang bersepah. tapi gamba masa bersepah tu aku lupa nak snap pulak. segala macam dokumen/surat2 pun aku dah asing2kan. sebelum ni main campur aduk je. yang mana dah tak relevan aku dah campak masuk tong sampah.


untuk drawer aku beli partition ni kat Daiso. Kena kasik potong la sebab nak bagi muat letak dalam drawer tu.
dalam gambo ni macam x nampak je kan. yelah benda alah ni pun kecik je lebar pembaris je pun.
atas meja letak gambo family as sumber ilham
magazine yang x bawak balik dan buku yang tak abis2 lagi aku baca
pinggan mangkuk sudu garpu yg bila ada jamuan senang
 

Super mom Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review