Tuesday, January 21, 2014

bento anak-anak hari ni

Posted by zelynda at 1:46 PM 0 comments

lame dah tak update. maklumla orang ada anak kecik. hari ni nak citer pasal bento anak. masa dalam pantang hari tu ade aku jenguk online bekas2 bento ni. tapi macam mahal je. kebetulan opismate en laki bagi tupperware comel2 untuk baby. ape lagi...sibuk la abang ngan kakak berebut nak bekas2 tu. nasib baik cukup untuk 3 orang budak sekolah ni.

sementara aku belom start keje lagi ni...rajin la buat bekal anak pegi sekolah. esok dah keje..bawak roti je la korang yerk.

pagi ni macam biasa pukul 4.30 aku dah bangun perah susu. walaupun dah set alarm tiap hari pukul 5 tapi tak tentu jugak la. ikut time baby nak nyusu. kalau awal...aku terus bangun je la. takut kang kalau tido semula terus terlajak.

pastu terus ke dapur. rebus sosej, gelek roti, celup telur then goreng. ni la rupa bento anak aku hari ni. roti sosej celup telur. diaorg suka makan. stok telur kena sentiasa ada kat rumah ni. pukul 6 dah siap.

breakfast anak-anak

lepas tu goreng nasi pulak untuk sarapan aku dengan en laki. en laki aku bancuhkan milo. aku punye susu anmum. tu pun dapat free from hospital. tekak aku ni payah benornye nak telan susu. ni pun terpaksa je la. huhuhu...


 

Super mom Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review