Monday, September 30, 2013

Shopping barang baby kat Manjaku Bangi

Posted by zelynda at 12:56 PM 0 comments
Aku dah masuk 31 minggu. memang dah plan gaji bulan ni nak beli barang2 baby skit2. dah pilih mana2 baju Along, Yaya ngan Amar yang masih elok boleh recycle untuk baby baru nanti. Plan hari sabtu nak pegi tapi en laki lak pegi servis Gen2 aku sampai Maghrib baru balik so tak jadikla.

Hari Ahad memang dah plan la nak pegi Manjaku Bangi. alih2 en laki kate pegi next week je la sebab petang tu dia kene setup booth kat KLIA pulak. last2 aku je yang pegi 4 beranak. gamble...tak nyusahkan orang. very independent woman kan.

memang dah buget dalam RM300 untuk belanja barang baby bulan ni. berjaya jugak akhirnya berbelanja sebanyak itu ada balance 50 hengget lagi.

Antara yang dibeli: baju, set mandian, dan segala kelengkapan yang wajib ade. yang lain2 boleh beli bulan depan dan seterusnya. 

Giraffe Rack for kid toys

Posted by zelynda at 12:34 PM 0 comments
alhamdulillah...hari jumaat lepas dah selamat diterima parcel dari Wani. Pos kat opis en laki je sebab aku x larat nak angkut benda berat 9kg ni. gini la rupenye rak tu. bolehla susun segala bentuk mainan budak2 ni.

sebelum beli rak ni mainan budak2 letak dalam bilik stor. lepas aktiviti mengemas rumah ari tu, semuanya aku dah angkut masuk bilik diaorg. mana yang dah rosak humban je terus dalam tong sampah. yang elok letak dalam kotak je.

bila dah ada rak ni boleh la susun ikut kategori. baru senang diaorg nak carik dan main. skang ni pun diaorg dah pandai, nak main naik bilik kat atas. takde la bersepah kat ruang tamu tu.

Wednesday, September 25, 2013

Last week activity

Posted by zelynda at 4:24 PM 0 comments

Fuhh...lamenye tak update blog sendiri. asyik-asyik baca blog orang je. dah bersawang dah ha. okla..malas nak citer panjang2 just nak kongsi aktiviti hujung minggu lepas.

Sabtu 21/9/2013

Yaya ada trip ke ladang ostrich ngan sukaneka dekat Marrybrown (MB) Sendayan. Kitaorg kluar awal sebab nak lunch, pukul 1.30 ptg dah sampai MB sedangkan event start 2.30. Masa ni Yaya tengah makan-makan. Die masuk musical chair, lumba lari dengan masuk air dalam botol. Semua event ni dia dapat hadiah sebab no 1-5 semua dapat hadiah. hehehe...

Ayah pulak dapat no 1 tiup belon sape paling besar. hahaha...lepas tu terus tepuk dada, sakit katenye sebab belon MB tu tebal. yang best dapat hadiah jam dinding. cantik pulak tu. dah selamat digantung dalam masterbed room kitaorg.

Malamnya ada aktiviti makan-makan tajaan AJK rukun tetangga taman kami duduk tu. Yang bestnye aku just duduk je dan en laki le ulang alik passing makanan. maklumla seat limited pulak2 aku yang tengah buyong ni..ade pulak kerusi kena rembat kang. Anak2 pulak sibuk dengan si badut yang buat belon macam2 rupa tu. sian badut tu dah le sensorang. nak layan budak2 yang ramai.
Yaya main musical chair
Ayah tengah bersemangat tiup belon (yg color hijau tu)

Ahad 22/9/2013

bangun pagi2 buat sarapan nasik lemak. kul 9.30 dah siap masak. tetiba en laki kate mandi cepat jom sekarang pegi AEON Equine. la...mati2 aku ingat petang birthday party anak opismate en laki rupanya pagi. nasib baik nasik lemak dah siap xde le kebulur sebelum ke sana kan.

party tu buat kat Kidzoona. Puas la budak2 ni main. suh makan tak nak...dah abis event sibuk ajak makan. padahal dalam tu tadi org dah suh makan macam2. kul 1 kitaorg dah kluar..pastu gi singgah Daiso jap. 1st time pegi sini sebab baca blog barang kat sini murah. padahal jangan tertipu yek sebab ada barang yang boleh dapat rege <rm 5 tu sebenornye.


Besday boy Aqlan Harith 2 thn.


memang syok la aktiviti weekend lepas. yang best makan free je.

 

Super mom Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review