Monday, November 18, 2013

dapurku yang comel part 2

Posted by zelynda at 12:37 PM

ni sambungan citer dapurku yang comel dulu ye. aku nak sambung lagi part2 lain dalam my KC dgn fridge.

ni susun atur terbaru dalam fridge aku yang dah hampir sebaya dengan anak sulung. ada 2 pintu. frozen dekat bawah.

air batu aku buat dalam ni je. bekas yg asal petak2 kecik tu aku keluarkan sebab budak2 ni suka buat main ice cube tu. sebelah tu area untuk letak frozen food macam nugget, sosej, fries, karipap....
yg ni pulak kira stok dah habis. tu pasal tak penuh. kalau tak macam2 ada. ikan 2-3 jenis, ayam, sotong. tu memang wajib ada tiap kali en laki pegi pasar. cuma lately ni dia tak beli stok ikan kecik2 tu sebab selalunya tak habis pun. sekarang kita makan ikan besar2 je. puas hati. siakap, tenggiri or bawal.
aku letak dalam bekas ais krim ni je dan transparent tippuware. ni sebab stok dah nak habis takde la bekas transparent tu.


ada 5 partition
view from top to bottom ye:
part 1- bekas merah tu letak ubat-ubatan dan satu lagi apa2 je la...hehe, kotak kurma pun simpan dalam ni. stok bulan puasa hari tu dapat free...tak habis pun.
part 2-ada macam2 kat situ, ikan bilis, ikan masin, susu dan kotak kurma lagi (ternyorok)
part 3- pun sama, ada rempah kari, cili api, lada merah, lada hijau. semua aku simpan dalam bekas.
part 4- rumah sayur..aku letak je dalam plastik dari pasar tu. malas nak keluarkan.
part 5- macam2 ada. selalunya stok jajan/biskut anak2 yang dah bukak.

bahagian pintu
ni pulak dekat pintu fridge. seperti biasa ada telur, ubat-ubatan lagi dan botol2 herba utk western food dan bahan2 untuk baking. bawah sekali tu ada sos, kordial dan susu breakfast anak2. ok itu je keseluruhan fridge aku.


now move on  to my kc yang comel. apa yg ada dalam tu? sebab sebelum ni nampak luaran je kan. tapi ni pun tak habis jugak nak tunjuk sebab ada part yang serabut. nantila bila ada masa.. dah kemas baru aku story.
rak kc bahagian atas, aku letak set pinggan LENO yang hanya berguna time ramai orang datang. yang tengah tu hadiah kawen. kat atas sekali tu pun hadiah kawen gak.

hadiah kawen lagi (atas), segala macam tumbler, botol air anak2 (tengah), tupperware (bawah)
rak bawah. haa...ni antara yang serabut tu. alas pun guna newspaper je.

bekas beras tupperware dengan oven. bangku tu actually meja solek punya. bantai guna kat dapur. hahaha...
dalam drawer. letak pisau, sudu garpu dan benda2 lain yang x sepatutnya dok situ. hahaha..



meja tempat lepak sambil potong memotong time nak memasak
lampu gantung pilihan hatiku

guna blind je untuk tingkap
before and after gantung kitchen wall art yang aku beli dgn CB2

6 comments:

Shafiee Aiman said...

simple tp kemas n santek ~pn supik~

zelynda said...

bersederhana mengikut kemampuan. :) tenqiu..

Mama Rocky! said...

salam kenal..kayuh pelan-pelan momma..pe pun sweety sangart ")

zelynda said...

salam kenal mama rocky. dalam umah saya semua yang basic je. impian dan plan tu macam2...kena kumpul duit banyak2 dulu. hehe..

Fizah said...

cantik dan kemas..! plg berkenan divider utk sudu garfu dlm laci tu...mmg dpt sekali ngan KC ke?

zelynda said...

aah fizah.sekali.masa buat kc ni kite survey sume yg basic part patut ada kat dalam kc.senang keje.

Post a Comment

 

Super mom Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review