Monday, October 28, 2013

4-5 weeks to go

Posted by zelynda at 1:21 PM
pejam celik pejam celik aku dah masuk 35 weeks. dah dekat la maknenye tu kan nak due. w/pun anak ke 4, tapi neves tu tetap ada. pulak tu ni 1st time aku nak bersalin kat private hospital (panel hospital). kalau kat hospital putrajaya aku dah x-pert selok belok wad, labour room and their procedure semua tu. insya Allah...mudah-mudahan segalanya dipermudahkan untuk kali ni. amin..

barang2 keperluan aku & baby almost complete, tinggal utk stok EBM sahaja (botol-botol, pam dsb). Semalam ke Manjaku Bangi lagi beli katil pulak. ikut plan nak beli bulan depan. tapi en laki kata elok la beli skrang, bulan depan dah beranak takut time nak beli tu mahal/takde stok. ha...tak ke haru nanti.

sumber: Google

lebih kurang macam ni la rupa playpen tu. kami beli color oren (asalnya mintak merah tapi takde stok pulak) brand Disney. Harga 399 tapi ade diskaun 20%. so masih dalam bajet aku. share la bayar ngan en laki half-half ye. balik rumah, puas la en laki bongkar semua nak test ada yg patah ke koyak ke. semua ok cuma ada net yang koyak skit. ala...small matter je la tu. pastu gigih la bukak semula dan simpan balik dalam kotak. ye la baby nak kluar pun lambat lagi. kang pasang awal2 berhabuk pulak. playpen ni siap ada kelambu dan mainan baby.




0 comments:

Post a Comment

 

Super mom Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review