Friday, October 4, 2013

Bilik anak-anakku

Posted by zelynda at 10:53 AM
Excited aku nak join cabaran bulanan blog Sioca ni. dah 2 minggu asyik usha blog2 deko dan organizing diaorg (siap dah add dalam blog list aku). so malam tadi jadik photographer tak bertauliah jap amik shoot bilik si bujang dan si dara aku tuh. dah 2 tahun kitaorg dok kat rumah ni. tak banyak pun yang berubah. susun atur masih sama cuma barangan je yang bertambah.

2 minggu lepas aku buat operasi besar-besaran mengemas rumah. maklumla tak lama lagi ahli baru nak muncul, jawapnye memang tak de masa la time tu nanti. better aku kemas sekarang walaupun dah sarat dan tak larat sebenarnya. tapi kalau aku tak buat sape lagikan...nak harapkan en laki idok le teman...tak suka nyusahkan orang ni.

meja study dan rak mainan bilik Along



Bilik anak bujang of coz la color biru kan. meja study tu en laki beli kat Tesco je. tapi anak aku tak de nye nak guna meja ni buat homework ke study ke. diaorg lebih suka buat keje kat bawah depan tv. Giraffe rack tu aku baru je beli 2 minggu lepas. ade aku citer dalam entry sebelum ni.

kontena putih tu dulu isik baju diaorg masa kecik2...sekarang aku jadikan tempat letak buku2 tulis dan fail2 sekolah. yang kontena hijau besar tu ada baju2 lama diaorg yang dah tak pakai ngan  mainan2 yang dah tak de space nak letak. :)

katil anak2 memang aku terus beli saiz queen. senang boleh guna sampai besar dan untuk kegunaan tetamu yang bertandang ke rumah aku jugak. tema bilik si bujang ni batman. tu ada teddy bear sebab Yaya tido sekali ngan abang. bilik dia panas katenya.

wall deco yang murah aja..dah 2 tahun pun masih elok lagi melekat. maybe lepas ni ubah style wall deco pulak..ingat nak letak frame hasil kerja lukisan anak2..
almari baju dan meja solek. perabut ni beli kat kedai perabut biasa je takde brand pun.. jawapnye memang tak tahan lama la. tengokla tu pintu tinggal sebelah je sebab yang satu lagi dah tercabut. pintu jenis slide memang tak tahan sebab kita syik tolak dia je kan. almari ni masih share lagi Along dan Yaya sebab bilik Yaya masih penuh ngan barang2 adik aku.

ni pulak bilik si anak dara serba pink. adik aku yang guna bilik ni sebelum dia bersalin. sekarang dia dah tak duduk sebab berulang dari Johor. anak dia mak aku jaga. tu yang penuh ngan barang dia je.
lagi wall deco murah Pooh.

rak buku adik aku dan segala barangan peribadi dia yang entah bila dia nak angkut pun aku tak tahu. yang kat atas rak tu sebahagian daripada hadiah2 Yaya masa birthday party ari tu.
menyibuk je anak dara ni
ini la update pasal bilik2 anak-anak aku. insya allah tahun depan (bila baby dah besar) + ada budget lebih nak deko bagi lagi cantik dan gempak sesuai ngan umur diaorg yang dah bersekolah.

p/s: terharu owner blog Sioca sudi jadik member blog aku. tq ye..

0 comments:

Post a Comment

 

Super mom Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review