Tuesday, November 26, 2013

Nur Auni Marissa

Posted by zelynda at 12:46 PM 0 comments

Monday, November 18, 2013

dapurku yang comel part 2

Posted by zelynda at 12:37 PM 6 comments

ni sambungan citer dapurku yang comel dulu ye. aku nak sambung lagi part2 lain dalam my KC dgn fridge.

ni susun atur terbaru dalam fridge aku yang dah hampir sebaya dengan anak sulung. ada 2 pintu. frozen dekat bawah.

air batu aku buat dalam ni je. bekas yg asal petak2 kecik tu aku keluarkan sebab budak2 ni suka buat main ice cube tu. sebelah tu area untuk letak frozen food macam nugget, sosej, fries, karipap....
yg ni pulak kira stok dah habis. tu pasal tak penuh. kalau tak macam2 ada. ikan 2-3 jenis, ayam, sotong. tu memang wajib ada tiap kali en laki pegi pasar. cuma lately ni dia tak beli stok ikan kecik2 tu sebab selalunya tak habis pun. sekarang kita makan ikan besar2 je. puas hati. siakap, tenggiri or bawal.
aku letak dalam bekas ais krim ni je dan transparent tippuware. ni sebab stok dah nak habis takde la bekas transparent tu.


ada 5 partition
view from top to bottom ye:
part 1- bekas merah tu letak ubat-ubatan dan satu lagi apa2 je la...hehe, kotak kurma pun simpan dalam ni. stok bulan puasa hari tu dapat free...tak habis pun.
part 2-ada macam2 kat situ, ikan bilis, ikan masin, susu dan kotak kurma lagi (ternyorok)
part 3- pun sama, ada rempah kari, cili api, lada merah, lada hijau. semua aku simpan dalam bekas.
part 4- rumah sayur..aku letak je dalam plastik dari pasar tu. malas nak keluarkan.
part 5- macam2 ada. selalunya stok jajan/biskut anak2 yang dah bukak.

bahagian pintu
ni pulak dekat pintu fridge. seperti biasa ada telur, ubat-ubatan lagi dan botol2 herba utk western food dan bahan2 untuk baking. bawah sekali tu ada sos, kordial dan susu breakfast anak2. ok itu je keseluruhan fridge aku.


now move on  to my kc yang comel. apa yg ada dalam tu? sebab sebelum ni nampak luaran je kan. tapi ni pun tak habis jugak nak tunjuk sebab ada part yang serabut. nantila bila ada masa.. dah kemas baru aku story.
rak kc bahagian atas, aku letak set pinggan LENO yang hanya berguna time ramai orang datang. yang tengah tu hadiah kawen. kat atas sekali tu pun hadiah kawen gak.

hadiah kawen lagi (atas), segala macam tumbler, botol air anak2 (tengah), tupperware (bawah)
rak bawah. haa...ni antara yang serabut tu. alas pun guna newspaper je.

bekas beras tupperware dengan oven. bangku tu actually meja solek punya. bantai guna kat dapur. hahaha...
dalam drawer. letak pisau, sudu garpu dan benda2 lain yang x sepatutnya dok situ. hahaha..



meja tempat lepak sambil potong memotong time nak memasak
lampu gantung pilihan hatiku

guna blind je untuk tingkap
before and after gantung kitchen wall art yang aku beli dgn CB2

Monday, November 11, 2013

sarung tilam kekabu for new baby

Posted by zelynda at 2:42 PM 0 comments
cuti sempena Maal Hijrah last week kami satu family pegi Nilai 3, kononnya nak carik set tilam kekabu baby. dalam banyak2 kedai kat situ, hanya 1 kedai je yang memang jual kekabu ni. pakcik tu jual satu set rm145 kot.without sarung la. bila aku cakap nak beli bantal sahaja, dia kata tak jual. nak beli kena ngan tilam sekali. hemmm...takpela pakcik...aku pegi tempat lain.

pastu kami singgah Dengkil sebab penah nampak ada kedai jual bantal kekabu ni. dapatla satu set rm80 siap tilam dan makcik tu bagi free satu lagi bantal. cuma sarung je tak jadik beli sbb ada gambar ba** kat kartun angry bird tu.

untuk sarung aku order online dengan Maymayshop. aku pilih design ni.
jangan kena harung dek semut sudah la...kan...itupun bila tanya kat owner dia kata x cukup aku order utk buat cover full set. maybe cukup2 untuk bantal sahaja. silap aku jugak tak tanye makcik tu kalau nak beli kain berapa meter. tapi maymayshop ni kira 'yard'. macam mana aku nak agak kan...takpela...sarung tilam banyak kat rumah tu sejak anak 1st lagi.

baru terima parcel ni tadi, tak sabar nak hantar jahit kat kedai makcik tu . kalau aku pandai jahit kan senang hidup. save bajet kan. 

Friday, November 8, 2013

Kitchen Wall Art

Posted by zelynda at 2:47 PM 2 comments
Akhirnya terbeli jugak wall art ni dari CB2. sementara tengah promo ni baik aku beli. kang dah mahal tak terbeli pulak. kalau nak design sendiri...aku ni tangan bangku. hehehe...bila kira-kira...worth it jugak kot beli ngan CB2 ni.

ni la 3 design yang aku order.
dah bank in dan In Sha Allah next week dapat kot. tak sabar nak gantung kat dapurku yang comel tu.

Monday, October 28, 2013

susun atur meja aku kat opis

Posted by zelynda at 1:43 PM 0 comments
ha...entry kali ni aku nak tunjuk meja aku kat opis tercinta. baru jumaat lepas aku merajin kan diri mengemas laci drawer yang bersepah. tapi gamba masa bersepah tu aku lupa nak snap pulak. segala macam dokumen/surat2 pun aku dah asing2kan. sebelum ni main campur aduk je. yang mana dah tak relevan aku dah campak masuk tong sampah.


untuk drawer aku beli partition ni kat Daiso. Kena kasik potong la sebab nak bagi muat letak dalam drawer tu.
dalam gambo ni macam x nampak je kan. yelah benda alah ni pun kecik je lebar pembaris je pun.
atas meja letak gambo family as sumber ilham
magazine yang x bawak balik dan buku yang tak abis2 lagi aku baca
pinggan mangkuk sudu garpu yg bila ada jamuan senang

4-5 weeks to go

Posted by zelynda at 1:21 PM 0 comments
pejam celik pejam celik aku dah masuk 35 weeks. dah dekat la maknenye tu kan nak due. w/pun anak ke 4, tapi neves tu tetap ada. pulak tu ni 1st time aku nak bersalin kat private hospital (panel hospital). kalau kat hospital putrajaya aku dah x-pert selok belok wad, labour room and their procedure semua tu. insya Allah...mudah-mudahan segalanya dipermudahkan untuk kali ni. amin..

barang2 keperluan aku & baby almost complete, tinggal utk stok EBM sahaja (botol-botol, pam dsb). Semalam ke Manjaku Bangi lagi beli katil pulak. ikut plan nak beli bulan depan. tapi en laki kata elok la beli skrang, bulan depan dah beranak takut time nak beli tu mahal/takde stok. ha...tak ke haru nanti.

sumber: Google

lebih kurang macam ni la rupa playpen tu. kami beli color oren (asalnya mintak merah tapi takde stok pulak) brand Disney. Harga 399 tapi ade diskaun 20%. so masih dalam bajet aku. share la bayar ngan en laki half-half ye. balik rumah, puas la en laki bongkar semua nak test ada yg patah ke koyak ke. semua ok cuma ada net yang koyak skit. ala...small matter je la tu. pastu gigih la bukak semula dan simpan balik dalam kotak. ye la baby nak kluar pun lambat lagi. kang pasang awal2 berhabuk pulak. playpen ni siap ada kelambu dan mainan baby.




Wednesday, October 23, 2013

Nursery anak dah berdaftar dgn JKM

Posted by zelynda at 3:18 PM 0 comments
Lega rasanya dapat tahu nursery anak aku ni dah berdaftar dengan JKM.
Sumber : Website JKM
Anak aku Amar dok sini since umur setahun sampai la 3 tahun ni. tahun depan Amar dah masuk tadika. Baby pulak take over tempat Amar. dah booking dengan owner tapi cuak jugak sebab 1st time nak hantar baby 2 bulan ke nursery. Amar pun aku antar ke nursery umur dah 6-7 bulan. tu pun gara-gara pengasuh dia pregnant.

hopefully baby ok nanti kat sini, dan takde la ape2 yang buruk berlaku. almaklumla sekarang ni macam2 kan..tu yang buat aku cuak je.

Friday, October 18, 2013

Selang bunga

Posted by zelynda at 12:25 PM 0 comments
Semalam 2nd time pegi Hospital Pusrawi. Ada appointment checkup dengan pakar Dr Asmah Yun. anak-anak sebelum ni aku checkup di KK dan bersalin pun dekat Putrajaya. laki ku kan orang gomen. belom ada experience lagi bersalin dekat private. tu yang kali ni aku decide nak guna GL sendiri dan bersalin di panel hospital. sebenarnya jauh dari rumah aku kat sepang tu nak ke pusrawi ni. tapi bak kata doctor semalam...jangan panik. so far yang 3 orang tu aku dapat hint dulu..takde la sakit dan dan tu nak keluar kan. insya Allah sempat la sampai hospital.

semalam aku memang cuti dan en laki pun amik cuti jugak. kami 5 beranak ke pusrawi. anak sulong aku MC sebab sakit mata. kitaorg sampai 2.30pm tapi dekat nak pukul 5 baru no aku dipanggil. fuhhh...kematu montot. excited la budak2 ni nak tengok adik diaorg. doc pulak tunjuk 4D image.

dapat la tengok muka baby yang tembam tu. dah 2.3kg/33 weeks. doc kata normal la tu. cuma aku kena jaga makan dan proceed BSP 2 minggu sekali. taknak baby besar nanti. ni sume gara2 result masa minum air gula dulu tinggi. huhuhu...tapi memang keturunan 2 pihak kami ni xde pun yang kene diabetis.

insya allah 4th baby ni adalah geng Yaya. amin..

Tuesday, October 8, 2013

ahad yang lepas

Posted by zelynda at 2:04 PM 0 comments
aktivti hujung minggu aku last week seperti biasa bangun pagi buat sarapan untuk seisi keluarga. pas breakfast aku merajinkan diri buat macaroon. first time nak buat ni. buat 2 color, kuning ngan hijau. letak nutella dan peanut butter. tapi yg 1st bake je jadik. yang lagi 2 round tu tak menjadik pulak. huhuhu...tak tau silap tang mana. ikut resepi dari blog kak ita.

yang 1st bake ni memang boleh makan la. berebut anak2 aku makan. lepas ni tak tau la bila lagi nak buat. kene tuntut lagi ilmu dari yang pakar ni.


lunch kami makan kat kenduri rumah jiran. yahoooo...tak yah masak. tu yang syok. dah kenyang boleh tido. petang pulak bawak anak2 beriadah main kat taman. diaorg naik basikal, aku yang berpeluh jalan kaki. 1st time pegi taman ni sedangkan kami dok kat sini dah 2 tahun. sabo je la kan.
muka cuak sebab kena buai laju2..sian amar ye..

alooolooo...tomei tomei mat bunga sorang ni

Monday, October 7, 2013

sudut mendobi yang sempoi di ruang belakang

Posted by zelynda at 2:23 PM 2 comments

tengok ruang dobi orang lain wow...bestnye la kan.. apakan daya bajet lom cukup nak buat gah2 dan cantik2 macam dalam google tu. so ini je la yang termampu buat masa ni.
guna rak pinggan je.hahaha...

hanger baju yang dah senget benget



asalnya hanger ni letak kat luar rumah sebab boleh kena panas terik. cuma time hari kerja tak boleh la sidai kat situ. tak pasal2 kalau hujan, tak ke naye namenya. kena la tarik letak bawah porch kan. bila asyik ditarik je lama-lama senget benget dan en laki pun tolong la repair dengan cara ikat je kaki besi tu dengan dawai. selagi boleh repair, kita repair...dah nazak sangat baru la kita beli lain kan. dasar kekudut betul. hehehe..

aku bukan tak nak sidai baju kat area belakang ni. satunya panas tak kuat sangat. tak dapat direct cahaya matahari tu. lagi satu asap memasak tu corong dia kat belakang ni. mesti la berbau baju tu nanti. bila dah jemur kat sini jawapnya 2-3 hari baru bleh angkat sebab nak tunggu kering sepenuhnya.
alamak...ada tutttt...di situ.hehe...belakang rumah aku ni ladang sawit.
 ni rupe asalnya..tapi kami dah tile dan tutup separuh.

dapur ku yang comel

Posted by zelynda at 2:02 PM 7 comments
kali ni nak citer pasal dapur aku yang comel sesangat tu. inilah tapak dapur asal rumah ni. asalnya memang plan nak besarkan.tapi bila dipikirkan bajet yang ada masa tu, tak jadikla. kita gunakan je apa yang developer dah buat.


asal before install kc

dapur aku ni bila ramai yang dok menyibuk memang boleh berlaga muntut.hahaha...comel sesangat. pulak tu panas sebab kami tak letak kipas pun. memang berpeluh la time memasak tu. itu yang buat msakan tu makin sedap kan. hahaha...


kitchen cabinet yang serba serbi ringkas dan comel

bekas rempah ratus tupperware dan ikea yang memudahkan kerja aku di dapur


kerja label melabel di atas baru je dimulakan 2-3 minggu yang lepas hasil daripada blog walking. terima kasih semua yang sudi share konsep susun atur di rumah korang yang telah memberikan aku sumber ilham. 
dalam peti ais yang dah tersusun. baru la best macam ni.

caca marba sangat di sini kan. pinggan coklat tu beli 1 complete set brand LENO. dah berhabuk sbb hanya digunakan bila ramai tetamu yang bertandang.
 
angkut dari rumah lama masa dok kuarters putrajaya. letak periuk belanga dan bekas2 tipuware. masih elok lagi dan banyak berjasa.


Friday, October 4, 2013

Bilik anak-anakku

Posted by zelynda at 10:53 AM 0 comments
Excited aku nak join cabaran bulanan blog Sioca ni. dah 2 minggu asyik usha blog2 deko dan organizing diaorg (siap dah add dalam blog list aku). so malam tadi jadik photographer tak bertauliah jap amik shoot bilik si bujang dan si dara aku tuh. dah 2 tahun kitaorg dok kat rumah ni. tak banyak pun yang berubah. susun atur masih sama cuma barangan je yang bertambah.

2 minggu lepas aku buat operasi besar-besaran mengemas rumah. maklumla tak lama lagi ahli baru nak muncul, jawapnye memang tak de masa la time tu nanti. better aku kemas sekarang walaupun dah sarat dan tak larat sebenarnya. tapi kalau aku tak buat sape lagikan...nak harapkan en laki idok le teman...tak suka nyusahkan orang ni.

meja study dan rak mainan bilik Along



Bilik anak bujang of coz la color biru kan. meja study tu en laki beli kat Tesco je. tapi anak aku tak de nye nak guna meja ni buat homework ke study ke. diaorg lebih suka buat keje kat bawah depan tv. Giraffe rack tu aku baru je beli 2 minggu lepas. ade aku citer dalam entry sebelum ni.

kontena putih tu dulu isik baju diaorg masa kecik2...sekarang aku jadikan tempat letak buku2 tulis dan fail2 sekolah. yang kontena hijau besar tu ada baju2 lama diaorg yang dah tak pakai ngan  mainan2 yang dah tak de space nak letak. :)

katil anak2 memang aku terus beli saiz queen. senang boleh guna sampai besar dan untuk kegunaan tetamu yang bertandang ke rumah aku jugak. tema bilik si bujang ni batman. tu ada teddy bear sebab Yaya tido sekali ngan abang. bilik dia panas katenya.

wall deco yang murah aja..dah 2 tahun pun masih elok lagi melekat. maybe lepas ni ubah style wall deco pulak..ingat nak letak frame hasil kerja lukisan anak2..
almari baju dan meja solek. perabut ni beli kat kedai perabut biasa je takde brand pun.. jawapnye memang tak tahan lama la. tengokla tu pintu tinggal sebelah je sebab yang satu lagi dah tercabut. pintu jenis slide memang tak tahan sebab kita syik tolak dia je kan. almari ni masih share lagi Along dan Yaya sebab bilik Yaya masih penuh ngan barang2 adik aku.

ni pulak bilik si anak dara serba pink. adik aku yang guna bilik ni sebelum dia bersalin. sekarang dia dah tak duduk sebab berulang dari Johor. anak dia mak aku jaga. tu yang penuh ngan barang dia je.
lagi wall deco murah Pooh.

rak buku adik aku dan segala barangan peribadi dia yang entah bila dia nak angkut pun aku tak tahu. yang kat atas rak tu sebahagian daripada hadiah2 Yaya masa birthday party ari tu.
menyibuk je anak dara ni
ini la update pasal bilik2 anak-anak aku. insya allah tahun depan (bila baby dah besar) + ada budget lebih nak deko bagi lagi cantik dan gempak sesuai ngan umur diaorg yang dah bersekolah.

p/s: terharu owner blog Sioca sudi jadik member blog aku. tq ye..
 

Super mom Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review